Friday, 18 May 2012

Keluarga Tiada Pengganti

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Hmmmmmmmm...
Dah lama rasanya aku tak bukak blog ni
Tiba-tiba ari ni teringin pulak nak bukak
Tiada perubahan cuma bila aku baca balik post lama tu rasa terlalu cepat masa berlalu
 
Yaaaaa,sekarang aku boleh mengatakan kehidupan ku sudah pun kembali normal
cuma kadang-kadang tu ada jugak rindu menyapa tapi ku endahkan jer semua tu 
sebab aku pasti ada yang lebih baik sedang menunggu aku
 
Keluarga memang satu-satunya orang yang paling setia tika dan saat ini
ketika ada masalah,keluarga lah tempat mengadu
ketika ku kesunyian , aku akan call keluarga di kampung
ada masalah kewangan pun call kampung..hahaha
dulu masa sekolah hati membuak2 rasa nak lari dari rumah
sebab inginkan kebebasan konon nyer..=P
tapi bila kita dah dewasa 
kita akan tahu rupanya keluarga kita sayang kat kite
sebab kat luar x akan ada layanan yang sama seperti keluarga kita berikan
 
Aku beryukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini
untuk merasai sendiri pengorbanan yang tidak mungkin kita mampu membalasnya
Hanya Allah yang akan membalas jasa dan pengorbanan keluargaku
InsyAllah..
 
Baru-baru ni kerja pun dah bertambah,tanggungjawab pun agak banyak jugak
saat itulah aku sedar mcm mana lah ayah ku menanggung ku dari kecik sehingga dewasa
tanpa pernah mengeluh sekalipun
dari lahir hingga dewasa
belum pernah lagi ayah mengeluh
kesusahan nya di sembunyikan
begitu tabah nya hati seorang ayah
 
Ibu pulak x pernah lari dari tanggungjawab
semua apa keperluan ibu akan cuba untuk sempurnakan
waktu demam memang ibu lah orang paling susah hati
dari kecik sampai dah dewasa ni pun masih risau
kawan korang ade ke risau mcm ibu korang.?
xdekan...
 
Aku berdoa kepadamu Ya Allah
Engkau Bahagiakan 
Murahkan Rezeki
Sihatkan Tubuh Badan
Panjangkan Umur
Ampunkan Dosa-Dosa
Tempatkan Di Dalam Golongan Orang-Orang Yang Beriman Dunia & Akhirat
Kedua Ibu Bapa Hambamu ini &
Ahli Keluarga Hambamu ini
Amin Ya Rabbal Al Amin
 
 
 
 

Monday, 12 March 2012

No Title ( Merapu )

Entah kenapa mata ni x  ble lelap malam ni.?
mungkin sbb aku dah tdor awal tadi kot
skrg dah ( 1.43 am ) 
tapi aku plak masih cuba untuk menidurkan diri
semakin aku cuba nak lelap,makin susah plak rasanya
terlalu banyak benda bermain dlm kepala ni..*sigh
adakah ini tandanya aku stress.???
ntahlah,ape yg aku pkir aku sndri pun x tau
berserabut kepala otak ni
kalau mcm ni lah x lama confirm botak kepala ni..hahaha

Kadang2 bila pkirkan tentang kehidupan ni
terasa berat sangat tangunggjawab ni
dulu time kecik2
tak terfikir pun betapa susahnya menjadi dewasa
banyak lagi benda yang aku perlu belajar
harap2 semuanya berjalan dengan lancar
Ya Allah,berilah kekuatan kepada hambamu ini
jujur aku katakan
aku masih perlu belajar banyak perkara tentang kehidupan yang penuh dengan cabaran ini
tambahan pulak tinggal berjauhan daripada keluarga
semuanya terpaksa dilalui sorang2

 Okeylah,sampai sini jerlah aku nak merapu subuh ni
 esok nak pergi keja
kang x pasal2 tdor kat pejabat..huhu


p/s : maaf guna bahasa rojak , tapi tetap sedap mcm rojak.. PEACE..\o/..

Thursday, 1 March 2012

Sakitnya Kenangan Terindah

Aku pun x tau nape mlm ni
aku tiba2 plak teringat kat orang yg aku pernah sayang sangat2
sakitnya kenangan terindah yang pernah dilalui bersama
sepatutnya kenangan tu semua semua diceritakan pada anak2 bila dah tua nanti
tapi tu semua hanya tinggal kenangan
aku masih tertanya2 kenapa asyik aku jer yang jadi mangsa
memang aku yakin duit dapat mengusai semuanya
sebab semua yang aku sayang akan beralih kepada orang yang kaya
aku tau aku ni x mampu nak bagi kemewahan
setakat kebahagiaan mungkin x boleh menjamin masa depan yang cerah
xpelah,aku cuba pkir positif jer lah
kau cari pasangan yang lebih kaya untuk masa depan kau
aku harap kau bahagia dengan kekayaan yang kau perolehi
jangan risau,kenangan kita bersama akan hilang buat selamanya bila tiba masanya
aku janji walaupun kini bagiku
" Sakitnya Kenangan Terindah "


p/s : aku akan cuba lupakan kau,aku janji

Friday, 10 February 2012

Saat Menyendiri

Aku tak tau sama aku ni mat jiwang atau suka berkongsi cerita
tapi aku rasa setiap kali aku kesunyian atau duk sorang mesti aku akan ingat benda ntah ape2 ntah
bodoh kan aku ni, kawan aku slalu advice aku
" bro , never look back "
ayat tu memang senang untuk dilafazkan tapi sukar untuk diterjemahkan
pagi ni aku belek2 lah aku punya fb
nak kata takdirlah terjumpa fb ex
ternampak gambar majlis pertunangan dia
wah , berseri2 dan nampak happy jer aku tengok
Alhamdulillah
dia dah jumpa orang yang lebih baik daripada aku
kalau aku baik,xdelah jadi ex kan.??haha

Nak dijadikan cerita semua yang aku pernah sayang dulu dah ada penggantiku
mungkin aku x layak mendapat kebahagian daripada sapa2 pun
mungkin aku lebih layak menyendiri tanpa sapa2

Hanya kepadaMu Ya Allah hambamu ini berserah dengan takdirMu
Berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini

p/s : hargailah dia selagi dia sayangkan kamu
       kerana apabila dia sudah tiada perasaan terhadapmu
       semuanya sudah terlambat............
     

Wednesday, 8 February 2012

Berwajah Baru

Dah pukul 4.40 pagi 
tapi mata ni x leh tdor lagi plak
merajuk kot sebab semalam aku tdor awal gler
Bangun2 jer blog aku dah berwajah baru
suka sangat tengok
Terima Kasih sangat2 pada seseorang yang banyak sangat membantu
sendiri mau ingat lah yerk..=P

Aku kini dalam proses baikpulih diri sendiri
sekarang blog ni lah sebagai peneman ku di kala suka dan duka
tempat ku meluahkan perasaan dan berkongsi cerita
aku berharap aku dapat meneruskan kehidupan seperti biasa lepas ni
i hope so...

Lastly
Terima Kasih banyak-banyak kepada semua
pada rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan , dorongan dan kata-kata semangat


p/s : maaf sebab x sebut nama-nama orang yang terlibat..=)

Tuesday, 7 February 2012

Hari-Hari Yang Berlalu

Hari-hariku kini berlalu begitu sahaja tanpa adanya orang yang dahulunya mengejutkan aku setiap pagi , berleter setiap kali aku buat benda yang dia tak suka , dan paling kecoh bila aku x makan..=(
Kini aku menjalankan kehidupanku tanpa adanya dirinya seperti biasa
Sudah lebih sebulan,aku tidak mendengar khabar darinya
tapi aku tahu dia gembira dengan kehidupan dia sekarang
jadi aku tidak dapat menghalangnya dari kebahagian yang dia ada sekarang
Alangkah bahagianya kalau dia dapat rasa apa yang ku rasa
tapi aku tau itu adalah sesuatu yang agak mustahil
aku takut di kala aku ada penggantinya dia menghubungi aku
aku akan lemah dengan setiap kata-katanya
kerana kenangan bersamanya terlalu indah
Maaf kan aku,aku pun tak tahu apa yang aku merepek subuh-subuh ni.
Okey lah,aku nak tidur.. Ngantok plak
Selamat Malam..=.="..ZZzzzzZZZzzz

Saturday, 4 February 2012

- AKU SEDAR SIAPA DIRIKU -

Assalamualaikum W.B.T

Aku keliru siapa diriku ini bagi mu
Dahulu kau lah orang yang paling aku agung-agungkan
Kini engkau lah orang yang paling membawa kehancuran padaku
Kau mengubah segalanya
Kau memberi harapan dan kau lupakan segalanya bila kau jumpa yang lebih baik
Mengapa tergamaknya dirimu
Aku sudah tidak dapat mengangis lagi keranamu
Aku sering termimpikanmu
Aku sering terjaga di tengah malam pabila teringatkanmu
Kau sungguh kejam.!!
Tapi itu hak dirimu untuk menentukan pasangan hidupmu

Mungkin aku bukan yang terbaik
Tapi aku sentiasa melakukan yang terbaik untuk mu tanpa kau sedari
Dunia ini tidak adil
Mengapakah aku sering dipermainkan
Mungkin betul kata orang tua-tua jangan cuba mencari kesempurnaan
" Carilah orang yang mencintai kita
Jangan dicari orang untuk kita cintai "
Aku kini mula setuju dengan kata-kata itu.

Aku sedar siapa diriku ini
Mungkin kerana pelajaran mu yang tinggi menyebabkan kau lupa akan aku
Aku tidak mempunyai pelajaran yang tinggi seperti kau
Kau umpama emas yang bakal bersinar
Mungkin aku bukan tuannya
cuma satu pintaku
jagalah dirimu elok-elok di perantauan
ingatlah apa yang telah kau hajatkan
bantulah keluargamu selepas kau mendapat pekerjaan nanti
aku sudah tidak tersenarai dalam keluargamu lagi

Sampai disini sahaja jodoh kita
Engkau mungkin bukan milikku
Salam sayang dan salam rindu
pada orang yang pernah menyayangi ku satu ketika dulu
dan akhir kata ku pada dirimu..


- AKU SEDAR SIAPA DIRIKU -