Tuesday, 24 January 2012

Perjalanan Balik Kampung Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2012

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni aku rasa macam nak share plak diari perjalanan ku Balik Kampung
Pada 20 Januari 2012 lepas aku Balik Kampung kat Lawas
20 januari tu bersamaan dengan hari jumaat ( hari bekerja )
tapi aku keja setengah hari jer hari tu sebab aku nak blk awal atas sebab peribadi 
atau lebih senang nak cakap urusan keluarga lah

Pada pukul 12 tengahari aku bertolak dari Mukah 
sampai kat Bintulu pukul 3 petang
kat bintulu aku cuma singgah beli minyak jer
lepas beli minyak aku teruskan perjanalan ku ke Miri plak
untuk mengambil masa yang pendek aku menggunakan jalan pesisir pantai Bintulu-Miri
sebab guna jalan pesisir pantai ni 2 jam jer dah sampai Miri
kalau guna jalan lama mengambil masa lebih kurang 4 jam.
aku sampai kat miri lebih kurang pukul 5 petang ( orang balik kerja )
nasib tak menyebelahi,aku kena jammed plak kat tengah2 bandaraya Miri
dah lah perut lapar tak makan lagi dari pagi
cuma kuih jer 2 , 3 ketul awal pagi tu.
Selepas lebih sejam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas 
aku pun sampai ke kawasan Permai Jaya Miri
aku singgah kat Shell Permai Jaya untuk membeli minyak
al-maklum lah kat Brunei tak boleh beli minyak
so aku penuhkan lah tangki kereta kat Permai Jaya Miri
lepas isi minyak sampai penuh teringat plak aku belum makan
tengok2 kat sebelah Shell ni ada MC'D
aku pun singgah lah beli burger ngan kentang goreng
nak makan nasi susah plak time driving.huhu
lepas beli kat MC'D aku terus pergi E-Mart Permai Jaya
sapa2 orang Sarawak tau lah tu kot
aku singgah ni sebab nak membeli pesanan Emak pagi tu
dia cakap teringin nak makan ikan terubuk
apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan
Ibu dan Ayah membesarkan kita kan.?
dekat setengah jam jugak aku mencari
akhirnya aku jumpa jugak
nak balas dendam dengan penat mencari aku borong jer.haha
lepas tu aku teruskan perjalanan ke sempadan
Miri-Brunei ( Sungai Tujoh ( Malaysia )) & ( Rasau( Brunei ) )
punyalah panjang Q
dekat 2 jam jugak aku sangkut nak cop passport melepasi sempadan
tengok2 jam dah 8.30 malam
aku takut tak sempat sampai ke sempadan
Brunei-Limbang ( Kuala Lurah ( Brunei ) & Tedungan  ( Malaysia ) )
sebab pos kawalan bukak sampai pukul 10 malam jer setiap hari
aku tiba di pos kawalan Kuala Lurah pada pukul 9.58
aku masuk jer pastu terus kena tutup gate
Alhamdulillah , sempat jugak sampai tepat pada masanya
aku sampai kat bandar Limbang pkl 11.30
singgah makan dulu,kebulur sangat dah ni..haha
lepas makan aku terus pergi ke rumah sepupuku untuk tumpang bermalam
sampai kat rumah sepupu lebih kurang pkl 12.00 tgh mlm
lepas mandi aku pun terus tidor lebih kurang pukul 1.00 pagi
pagi tu pkl 5.30 aku dah bangun sebab nak sambung perjalanan
pkl 5.45 macam aku berangkat dari rumah sepupuku
dengan harapan Q kat feri Sungai Pandaruan tak panjang
Alhamdulillah tak lah panjang sangat,lebih kurang setengah jam jer..huhhhh.!

Lepas jer feri Sungai Pandaruan aku meneruskan perjalanan 
melalui 3 lagi pos kawalan
i ) Puni ( Brunei )
ii )  Labu ( Brunei )
iii ) Mengkalap ( Malaysia )

Lepas melalui 3 lagi pos kawalan imigresen ni baru lah aku masuk Malaysia semula
lepas Pos Kawalan Mengkalap cuma setengah jam jer lagi sampai ler rumah
aku menjejakkan kaki di halaman rumah lebih kurang pkl 8 pagi
Alhamdulillah , sampai akhirnya..(",)..



p/s : nanti ada masa aku cerita perjalanan balik ke Mukah plak.. PEACE..\o/..


No comments:

Post a Comment