AssalamualaikumW.B.T
Setelah 2 tahun menamatkan pengajian Di Politeknik Mukah , Sarawak .
Aku telah melakukan bermacam-macam kerja dari kerja tukang kayu , tukang besi , dan bermacam2 lagi lah,
Semua kerja yang aku lakukan memerlukan tenaga yang banyak dan ini telah menyedarkan aku
Adakah aku akan bekerja begini selamanya.????
Aku telah memohon berbelas-belas jawatan dan pergi ke banyak tempat kerja-kerja yang lebih baik ,
Namun semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil ,
Hinggalah pada suatu hari aku ternampak iklan jawatan kosong pada suratkhabar ,
Aku pada mulanya tidak berminat kerana sudah berputus asa ,
Tetapi dengan dorongan Ayah ku aku memohon juga jawatan tersebut,
Alhamdulillah , aku di panggil untuk sesi temuduga pada 27 Julai 2010.
Setelah selesai selesai sesi temuduga aku menanti dengan penuh harapan ,
Setelah lebih 4 bulan menunggu tanpa sebarang berita aku kembali putus asa ,
Untuk mengelak dari banyak membuang masa aku memutuskan untuk menyambung pelajaran ,
Aku telah diterima semula dan semua yuran pengajian dan tempat tinggal telah aku bayar ,
Sebelum berangkat aku pergi melawat rumah abang dan kakakku ,
Dalam keadaan riuh rendah aku hendak menyambung pelajaran ,
Tiba2 abang ipar ku datang dan berkata :
TAK PAYAH LAH SAMBUNG BELAJAR.....
Ini yang ku dengar dari mulutnya sendiri ,
Semua nya terkejut dan aku terus bertanya kenapa.???
Rupa-rupanya termuduga yang ku hadiri pada 27 Julai 2010 telah berjaya ,
Aku tak terkata apa2 dan terus melompat kerana terlalu teruja ,
Aku mengubungi Jabatan tersebut dan menyatakan bahawa aku menerima Kerja tersebut ,
Aku diarahkan untuk melapor diri pada tarikh yang ditetapkan ,
Kini aku sudah mendapat kerja yang cukup selesa bagi ku dari kerja sebelumnya.
ALHAMDULILLAH , SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T ,
Kini ( Oktober 2011 ) aku sudah hampir setahun berkhidmat ,
Aku berasa sangat bersyukur ,
Aku sangat berterima kasih kepada Ayah dan Ibu serta keluarga tersayang yang banyak memberi sokongan dan dorongan ,
Terima kasih banyak-banyak Ayah dan Ibu yang telah membesarkan kan dan memberiku pengajaran ,
Hanya Allah S.W.T yang akan membalas jasa kalian ,
Aku sentiasa mendoakan untuk dunia dan akhirat kelak.
Sebelum aku menamatkan kisah pertamaku ini ,
Sekali lagi aku ingin mengucapkan terima kasih dan hanya tuhan sahaja yang membalas jasa dan budi baik kepada kawan-kawan , sahabat handai , Keluarga tersayang yang sentiasa berada di sisi.
TERIMA KASIH SEMUA.....^_^".....
No comments:
Post a Comment