Sunday, 9 October 2011

DUGAAN YANG MENDATANG

Assalamualaikum W.B.T

Pada 26 September 2011 ( Perjalananku ku dari Bintulu - Hospital Miri )
Setibanya ku di Hospital Miri Emak dan Ayahku dah pun berada kat dalam Wad menunggu kedatanganku
sebak dihati bila melihat Ibu terlantar di katil walaupun belum menjalani pembedahan
aku dapat merasakan Ibuku berasa agak gementar walaupun nampak tenang
aku pula cuba untuk tidak melihatkan kesedihanku dengan membuat lawak seperti biasa
aku kan suka buat lawak dengan semua ahli keluargaku
segalanya berjalan dengan lancar pada hari pertama
aku dan Ayah pulang ke hotel pukul 8 malam dan singgah makan di tempat kegemaran Ayahku
tak lain tak bukan satu-satunya " Sup Tulang " Kat miri yang paling Top    ( Perggghhh...(",) )

27 September 2011 - Pukul 6.30 aku bangun dan mandi sebab hari ni kakak aku datang dari Kuala Lumpur
pukul 7.30 pagi aku dan Ayah dah sarapan kat hotel
pukul 8.30 aku pergi ke Lapangan Terbang Miri sebab kakak aku tiba pukul 9.30
kakak keluar dari balai berlepas lebih kurang 9.50
lepas tu dia cakap lapar,nak makan dulu sebelum pergi hospital
dia cakap teringin nak pergi Pizza Hut
aku tanpa banyak bicara pun hidupkan enjin kereta dan terus pergi Parkson Miri
sebab selalunya tempat makan yang macam tu kat Shopping Complex jer ade
lepas makan aku ngan kakak pun pergi hospital untuk menemani Mak kat wad
sebelum pergi wad mak ada pesan nak makan Ayam KFC,aku terus pergi beli ngan kakak
sampai jer wad kebetulan plak doktor datang dan cakap Mak kena start puasa sehingga pembedahan
tapi kami dah beli ayam
aku cakap jer lah kat doktor Mak nak makan,aku tak peduli aku nak Mak makan jugak
doktor tu cakap ( okey lah , tapi kali ni jer curi makan tau )
aku cakap terima kasih jer lah kat doktor tu
hari kedua ni kakak aku tinggal kat wad dengan Mak 
aku ngan Ayah plak balik hotel dan singgah makan kat tempat biasa sebelum balik hotel

28 September 2011 - Hari Pembedahan Emak
aku dan Ayah seawal 7.00 pagi dah berangkat ke hospital sebab nak menemani Mak
pkl 9.30 Mak masuk pun di bawa masuk ke wad bedah
aku nampak muka Mak pucat , aku tau Mak mesti gementar
aku hanya dapat mengiringi doa buat Mak
aku yakin Mak akan selamat..Aminnn..
bak kata orang " Penantian satu penyeksaan "
aku lihat jam dah pukul 12.00 tengahari tapi Mak belum keluar lagi
aku cuba tenangkan fikiran sampaikan aku tak terasa lapar langsung hari tu( pelik )
aku lihat jam sudah pukul 2 lebih tapi Mak masih belum keluar
aku rasa hari tu aku lihat jam lebih dari 50 kali kot
4.00 petang - aku nampak ada nurse yang tolak katil pesakit dari bilik bedah
aku terus pergi melihat dari jarak dekat dan mengecam siapa
itulah Mak,aku kakak dan Ayah terus mengiringi Mak hingga ke wad
beberapa ketika kemudian baru Mak sedarkan diri
 Mak membisikkan dalam keadaan yang separuh sedar cakap Mak haus,
mak nak minum
Ayah terus memberikan air sedikit demi sedikit ke dalam mulut Mak
aku cepat-cepat berpaling dan cakap nak solat Maghrib sebab memang dah masuk waktu( cover line )
 selesai solat baru lah aku pergi menemani mak sambil mengusap-usap tangan Mak
 lebih kurang pukul 8.30 aku dan Ayah pun pulang ke hotel seperti biasa
 29 September 2011 -  Hari kedua selepas pembedahan Mak
 pukul 6.30 aku dan Ayah dah siap mandi
pkl 7 lebih aku dan Ayah turun sarapan kat hotel sebab hotel tu ada sediakan sarapan pagi
pukul 8 aku dan Ayah berangkat ke hospital menggunakan kereta masing-masing
tidak ku sangka itu adalah kali terakhir aku melihat kereta Ayah ( pas ni aku citer )
pada pukul 1 lebih macam tu aku ngan kakak keluar pergi Parkson beli barang sikit
Ayah plak jaga dan temani Mak kat wad
aku langsung tak tengok kereta Ayah sebelum berangkat sebab aku dan Ayah parking kat tempat yang sama
cuma Ayah letak kat depan pondok pengawal
aku plak parking kat depan laluan keluar masuk bangunan hospital
aku dan kakak tiba kat hospital lebih kurang pukul 2.30 petang
keluar jer dari kereta kakak tanya Ayah park kereta kat mana.?
aku tunjuk lah tapi............................??????
mana kereta ayah.???
aku dan kakak buat kesimpulan Ayah dah pindah atau Ayah keluar pergi mana-mana kot
tapi bila pikir-pikir balik tak patut Ayah biar Mak terlantar sorang-sorang kat wad
aku ngan kakak bergegas pergi ke wad untuk bertanya kat Ayah
aku tanya lah mana kereta.??
dah parking tempat lain ke.??
Ayah cakap parking tempat pagi tadi lah,mana ada Ayah pindah..
aku jadi bengang dan cakap kat Ayah aku tak nampak kereta Ayah
aku dan Ayah bergegas ke tempat letak kereta Hospital
sah..!!kereta Ayah tak ada tempat ayah park pagi tadi
aku buat andaian Pengawal Hospital Miri tu yang alihkan ke tempat lain
aku dan Ayah terus berlari ke Pondok Pengawal yang kat depan tu jer
tak jauh dari tempat kereta Ayah hilang
aku dan Ayah kecewa sangat-sangat Pondok Pengawal Hospital Miri tu tak ada orang.!!!
aku bengang betol lah pengawal punyalah ramai boleh biar pondok utama kosong..!!!
aku terus cari pengawal berdekatan , aku cakap kereta Ayah aku hilang.!! , pihak hospital dah alihkan ke.?
pengawal tu cakap sekejap yer dengan muka slumber
aku tunggulah dalam 5 minit macam tu
dia cakap maaf,kereta TERHALANG tu diluar bidang kuasa diorang
aku makin bengang , aku cakap TERHALANG ke HILANG.?????
rupanya dia salah dengar , geram betol aku..!!
terus dia ajak aku pergi pejabat unit keselamatan hospital
Ayah plak tunggu aku kat pondok pengawal yang tak ada orang tu
aku tanya kat pembantu keselamatan hospital mana kereta Ayah aku.???
dia tanya aku lagi " Hilux " ke.?
aku pun jawab yer " Hilux "..
pembantu keselamatan tu jawab " Hilux Lagi "..
nampak sangat dah jadi perkara biasa kat situ
dia cakap bagus korang pergi balai buat report
aku terus telefon Ayah dan cakap confirm kena curi
Ayah cakap cepat datang sini kita pergi balai
dari hujung hospital sampai hujung hospital aku lari
4.48 petang ( waktu laporan polis )
lepas buat laporan kami pun pergi hospital semula untuk menemani mak
aku dan Ayah berlagak tenang di hadapan Mak sebab tak nak Mak risau
Ayah cuma cakap satu jer ( Kereta tu harta dunia , kita masih boleh cari )
yang penting kesihatan Mak
lepas kejadian tu 2 hari berturut-turut aku temankan Ayah uruskan segala urusan yang berkaitan
aku dan Ayah hanya duduk rehat untuk makan tengahari dan berhenti untuk tidur pada waktu malam

02 Oktober 2011 - Hantar Ayah , Emak dan Kakak balik rumah kat Kampung
04 Oktober 2011 - Aku dah balik semula ke tempat kerja sebab aku dah terlebih cuti

Sampai disini jer aku kongsi cerita aku yang tak berkesudahan
sampai sekarang kereta Ayah tak dapat di kesan
hanya tinggal kenangan
tapi syukur Alhamdulillah Mak dah beransur sembuh , itu yang lebih penting.....
Sekian... Terima kasih sebab sudi menatap cerita yang mungkin tak lah best bagi korang..=)

Hanya tinggal kenangan...huhu



Bubye....^_^"...

No comments:

Post a Comment