Assalamualaikum W.B.T
Aku keliru siapa diriku ini bagi mu
Dahulu kau lah orang yang paling aku agung-agungkan
Kini engkau lah orang yang paling membawa kehancuran padaku
Kau mengubah segalanya
Kau memberi harapan dan kau lupakan segalanya bila kau jumpa yang lebih baik
Mengapa tergamaknya dirimu
Aku sudah tidak dapat mengangis lagi keranamu
Aku sering termimpikanmu
Aku sering terjaga di tengah malam pabila teringatkanmu
Kau sungguh kejam.!!
Tapi itu hak dirimu untuk menentukan pasangan hidupmu
Mungkin aku bukan yang terbaik
Tapi aku sentiasa melakukan yang terbaik untuk mu tanpa kau sedari
Dunia ini tidak adil
Mengapakah aku sering dipermainkan
Mungkin betul kata orang tua-tua jangan cuba mencari kesempurnaan
" Carilah orang yang mencintai kita
Jangan dicari orang untuk kita cintai "
Aku kini mula setuju dengan kata-kata itu.
Aku sedar siapa diriku ini
Mungkin kerana pelajaran mu yang tinggi menyebabkan kau lupa akan aku
Aku tidak mempunyai pelajaran yang tinggi seperti kau
Kau umpama emas yang bakal bersinar
Mungkin aku bukan tuannya
cuma satu pintaku
jagalah dirimu elok-elok di perantauan
ingatlah apa yang telah kau hajatkan
bantulah keluargamu selepas kau mendapat pekerjaan nanti
aku sudah tidak tersenarai dalam keluargamu lagi
Sampai disini sahaja jodoh kita
Engkau mungkin bukan milikku
Salam sayang dan salam rindu
pada orang yang pernah menyayangi ku satu ketika dulu
dan akhir kata ku pada dirimu..
- AKU SEDAR SIAPA DIRIKU -
No comments:
Post a Comment